Tuesday, 4 June 2013

Jom Tidur Ikut Sunnah ^_^



Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN


Saturday, 9 February 2013

kata untuk Hawa



pabila terang sinar mentari menerangi setiap inci alam....
tatkala indah bergemerlapan bintang-bintang menghiasi langit malam...
saat rintis dan rintik hujan mengalunkan melodi penuh harapan....
terdetik jauh di dalam benak hati "adakah Allah masih sayang padaku?"
terlintas di fikiran pendekku.."murkakah Allah kepadaku?"
terngiang-ngiang di keliling halwaku "adakah Allah menerima aku di dalam syurgaNya?"
..........
tiada kata untukku bawa bicara hati yang rapuh dimamah dosa ini....
sungguh aku wanita pendosa yang hidup penuh hina....
aku hanya aku yang hidup berpandukan nafsu menggila...
aku hanya insan yang tidak pernah meletakkan diriku pada haknya...
sedang....
Syaitan bergembira, tertawa, bahagia menabur fakta dan akta.." anak panahku yang tidak pernah tersasar bagi melemahkan iman umat manusia ialah melalui wanita"...
wah!!! lihat kaum wanita!!!
Allah mengangkat darjat kaum wanita, Rasullah mencegah penindasan kepada kaum wanita....dan kini....syaitan pun beriya-iya mengangkat kaum wanita.....

dalam masa dunia sibuk mengalami perubahan peradaban dan gempita umat manusia....
kaum Hawa berebut-rebut menjadi bahan boneka...mereka sibuk melayan rasa cinta yang sebenarnya hanya mencetus zina semata.... mereka tidak sedar bila diri 'indah' mereka tinggal masa untuk dijaja.....mashaAllah....aduhaiiii....mengeluh dan mengadu berjuta kali setelah menerima padahnya hanya mengundang duka lara.....'penyesalan tidak pernah datang lebih awal...ia hanya akan datang untuk menambah kecewa hati manusia'..mm...biasa la....



jom para wanita or kaum Hawa.....jangan biarkan diri kita jadi mangsa noda golongan sebaliknya...
mari kita sama-sama berfikiran lebih jauh dan terbuka tetapi TERJAGA....ingat, Allah akan mematikan orang-orang berilmu atau para Ulama' pada akhir-akhir zaman ni... siapa lagi nak meneruskan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR kalau golongan aulia dan penerus generasi anbia ini tiada???? jatuh, bangkit, suka , duka, tangis, tawa.....biar kita rasa semua tapi tetap meletakkan Allah nombor satu....

*peringatan dan pesanan untuk kaum Hawa.....kita cukup lemah untuk beradu kudrat dengan yang berlainan jantina, kita cukup lemah untuk memenjara air mata, kita cukup lemah andai hati rapuh ini patah dan kecewa......tapi ingat!! kita sangat kuat untuk membawa amanah satu nyawa dalam tubuh kita, kita sangat kuat tatkala Allah uji kita ketika melahirkan satu pemula untuk generasi seterusnya..... namun...alangkah baiknya andai kita sandarkan kekuatan kita pada Allah.....bukan semata-mata kerana maksiat....
dan sentiasa juga beringat bahawasanya...kita adalah PEMIMPIN UNTUK DIRI KITA SENDIRI......




Saturday, 19 January 2013

dAraH MAnUsia






pada abad milenium ini, amalan meritokrasi diguna pakai...amalan untuk mengangkat golongan bijak pandai... bagus pilihan pihak kerajaan...hal ini dapat merangsang minda generasi muda marcapada ini untuk berfikiran lebih matang... pada alaf yang penuh dengan muatan reformasi ini....asakan demi asakan dari kemajuan teknologi di seluruh pelosok dunia mencapai peningkatan yamg tak pernah disangka-sangka...hal ini berikutan perubahan peradaban manusia dan keperluan mengikut zaman....

##segala bentuk dan jenis kebaikan dan faedah tercatat dan termaktub perkasa di dalam akta dan fakta...sedangkan...peningkatan di luar jangkaan ini tidak semena-mena meningkatkan kadar jenayah di Malaysia..apatah lagi negara pencinta darah manusia di luar sana. peperangan dan penyembelihan urat saraf manusia seolah-olah menjadi suatu kewajiban dan amalan murni bagi sesetengah bangsa dan kaum.....
DARAH DAN KASIH SAYANG SUDAH TIDAK BERNILAI!!..
di mata manusia bagi zaman ini, dendam dan benci adalah kayu api yang paling suci....

begitulah yang kian digeruni di Malaysia...isu dominan ialah ke mana hilangnya kanak-kanak???
mengapa tidak dipersoalkan terus ke mana pudarnya nilai kemanusiaan??? 
KENAPA KANAK-KANAK JADI SASARAN??? !! tidakkah dilihat nilai sebuah kehidupan apabila terlihat tawa manja si kecil, yang panas kian suam malahan kekadang terus sejuk...yang penat terasa ceria melihat keletahnya....yang sakit kekadang bersemangat bangkit hanya kerana bahagianya sebuah titian kehidupan...kehidupan yang bermula daripada 9 bulan menahan beban berat satu nyawa yang disangka begitu berharga dan bermakna!!!

Satu Gagasan melambangkan sejuta suara..suara mentah atau pekat yang menolak mentah-mentah ideologi GANAS pihak pencabul hak asasi manusia lagi kan kanak-kanak...ATTENTION  to all peoples of unhumanity out there...dengar sini...kami menolak 100% keganasan terhadap kanak-kanak!!! 

1) jangan culik mereka dari rumah
2) jangan bermain bersama mereka di mana-mana taman permainan
3jangan sibuk-sibuk menunggu mereka di pagar sekolah
4) jangan menyamar macam orang bodoh di hadapan mereka
5) jangan aniaya lagi kanak-kanak di Malaysia..
6) tolong hentikan kerja haram korang!!!!


ok out

aku GAGAL lagi !!!!


 ya ALLAH , sesungguhnya engkau Maha Adil...Maha Mengetahui..Maha Melihat....
engkau lihatlah kejatuhanku ini...MENGAPA aku ya Allah??!!!
Mengapa asyik aku, ya Allah??!! aku telah penat untuk terus gagal dalam hidupku....aku sudah penat untuk terima dugaan Mu!!! berilah aku kesenangan ya Allah..

~ its up to all of you if korang semua nak mengaku or tak... pernah tak terdetik kat hati macam ni....??
   actually , dunia kita ni dilanda oleh ombak suara kurang redha pada ALLAH macam yang kat atas tadi....
 hey korang ( including me, myself ) ,, siapa diri kita nak lafazkan kalimah bermadah yang cukup kasar tu         sebagai seorang hamba??


  kembali kepada tajuk... Ya Allah Aku Gagal Lagi !!

serius...wahai Tuhan pencipta Langit dan Bumi...aku hamba biasa yang kau cipta dengan tulang-tulang yang akan rapuh juga satu hari nanti..aku insan biasa yang engkau cipta dari tanah yang sama biar sempadan berbeda dengan saudara-saudaraku yang belum kutemui....aku manusia biasa yang perasaanku kekadang meracau menggila meminta dipuaskan....yang ia sentiasa ingin lebih dan merasa tidak pernah cukup...
ya Allah , aku dalam kalangan itu semua....aku merasa semua jalan kelam telah kulalui...dan kini...aku ingin pulang.....
aku ingin menjenguk kembali dunia asal yang penuh keredhaan...

~my eyes was blind~
aku nampak hanya hitam...
aku ingin mencari jalan pulang...aku ingin mencari fitrah yang dulu, fitrah yang sebenarnya....

ya Allah, ujilah aku....letakkanlah aku pada satu dewan peperiksaan , dewan yang boleh membantu aku terlepas dar cengkaman dunia penuh militan keganasan...dunia yang kian menghimpitku ke arah kemaksiatan, dunia yang berebut-rebut menyogokku dengan kemewahan....


bertahun aku bernafas bebas di atas tanah suburMu ya allah...namun aku terperangkap di dalam anganku sendiri...aku ingin bebas.... namun aku sentiasa GAGAL!!! gagal untuk mengemudi diriku sendiri....
aku asyik gagal untuk ujian Mu ya Allah.....
mungkin aku disanjung perkasa di atas dunia.. bermegah hebat disorak gempita...namun hakikatnya....tubuhku rebah dimakan ego dan khayalanku sendiri....aku malu pada tanah tempat aku akan kembali nanti......

YA ALLAH...kau kuatkankanlah aku untuk terus bertahan dan terus mencuba dalam setiap ujian....sampai aku berjaya dan lulus agar LAYAK mendapat syurgaMu......

jadikan lah aku hambaMu yang sentiasa mengagungkan kalimah Allah !!!!

ok out